PENGENALAN
Pada masa ini, penggunaan laman social
melalui internet amat popular di Malaysia. Laman social seperti “Facebook”, “My Space”, “Friendster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian
social tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman social di internet ini sebagai
medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi
yang terdapat di laman social yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat
di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman social ini telah
memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja-remaja.
KEBAIKAN
Sebagaimana yang kita
ketahui,penggunaan laman social dapat menambah kenalan yang baru di samping
hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Bila seseorang itu
telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus
hubungan antara satu sama lain. Laman social ini digunakan sebagai suatu medium
utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui
kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama
lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profile juga boleh dilihat dan dikomen
oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan
satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan
rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga
dengan cara menggunakan kemudahan yang sediaada. Jadi jelaslah bahawa
penggunaan laman sesawang social boleh menambahkan kenalan yang baharu.
Selain itu,ramai remaja juga
menghabiskan masa mereka dengan laman social. Dengan adanya laman sesawang social,
mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari Facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang
ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang social
seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan
laman sesawang social tersebut sebagai alternative untuk menambahkan pendapatan
bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan
barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat
untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam
bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan
masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli
sesuatu barangan.
Di samping itu, kewujudan laman
social juga telah dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Malah kerjaya dalam bidang penerbitan media massa penuh dengan cabaran dan
risiko. Namun demikian pulangan pendapatan melalui media massa juga amat tinggi
sekali. Oleh itu, tidak hairanlah syarikat media massa mampu membayar gaji yang
lumayan kepada para pekerjanya melalui bayaran perkhidmatan iklan dan bahan
yang diterbitkan. Secara tidak langsung, laman social juga telah dapat
merangsang perkembangan bidang penyiaran di Malaysia.
Tambahan pula, laman sosial juga
dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat kepada kumpulan sasaran.
Banyak perkara dan peristiwa perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam keadaan
dunia yang seringkali dilanda bencana, peranan media elektronik amat penting.
Ramalan keadaan cuaca yang disiarkan di televisyen telah dapat memberikan
panduan kepada masyarakat untuk merancang aktiviti harian mereka. Di Malaysia, laman
social telah dapat memberikan maklumat dengan cepat seperti dalam kes kejadian tanah
runtuh, banjir dan Tsunami. Selain itu maklumat daripada perkhidmatan stesen
radio tentang kesesakan jalan raya juga telah dapat membantu pengguna jalan
raya dalam menyusun perjalanan mereka.
KEBURUKAN
Penggunaan laman social bukan
sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan negatif iaitu
penggunaan laman social melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan
atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang
berlaku terutamanya di kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh
mereka yang baru dikenalinya melalui laman social. Mereka biasanya akan
mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman social tersebut.
Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman social
menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan
menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi
ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian,
setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman social itu, mereka
mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadikan mangsa rogol.
Selain itu,penggunaan laman social
menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian
aaplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman social mampu
menarik minat pengguna laman social tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan
berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.
Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi
pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan
pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji
pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi
merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan
yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang
melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir
masa.
Seterusnya, ketagihan terhadap laman
social sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan sama ada fizikal ataupun
mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak
buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya
penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer
merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam
laman web social.
Tambahan pula, laman social juga
boleh meruntuhkan rumah tangga atau menyebabkan seseorang individu menjurus ke arah
keghairahan maksiat. Sebagai contoh, isu tentang remaja berzina. Remaja
perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka
terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan
zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti
sebenar tidak diketahui. Facebook
juga menyebabkan berlaku kes
perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih
menerusi laman web social
MENGAPA REMAJA KETAGIHAN
DENGAN LAMAN WEB SOCIAL SEPERTI FACEBOOK?
1. Untuk perkongsian ilmu dan
maklumat
Pelajar merupakan individu yang
menggunakan kemudahan laman web social ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan
ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersamakan
rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan.
Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa
lapang
Ramai remaja menghabiskan masa
mereka dengan Facebook. Dengan adanya
laman web social seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan
melayari Facebook. Bagi mereka yang
bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat
promosi melalui laman web sosial seperti Facebook
dan Twitter.
3. Untuk mencari pasangan hidup
Tidak dinafikan juga ada antara
remaja yang melayari laman web social semata-mata untuk mencari pasangan hidup.
Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda
salah seorang daripada mereka. Kepada mereka yang kesunyian dan masih bujang,
silalah aktifkan diri anda dengan laman web social.
4. Hendak menonjolkan imej diri
dan hendak pamer badan yang mantap.
Sebab ini saya rasa adalah paling
releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web social terutama Facebook dan Myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba
mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan badan
masing-masing. Bagi yang kacak dan cantik memang menjadi kegilaan sesetengah
individu.
5. Ingin mendapatkan berita
terkini dengan cepat
Ada juga remaja yang taksub
dengan laman web social kerana ingin mendapatkan sesuatu informasi terkini
dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri dari golongan pelajar
dan mereka yang suka sesuatu yang baharu. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat
tinggi.
6. Aplikasi menarik dan ketagihan
permainan
Laman web social seperti Facebook menyediakan pelbagai aplikasi
dan permainan menarik kepada
penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, Facebook merupakan
tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini
tiada laman web social lain yang dapat menandingi Facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi
seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari Facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan laman
social ini menyebabkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja.
Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak
berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang social
yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu
menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah
itu lebih baik daripada mengubati".
http://cikgukarizam.blogspot.my/2012/09/karangan-kebaikan-keburukan-laman-sosial.html
Perkataan "social" dan "sosial" sentiasa dikeliru oleh banyak orang. "Social" merupakan perkataan dalam bahasa inggeris, perkataan "sosial" barulah perkataan yang betul dalam bahasa melayu. Isi yang bernas!
ReplyDeleteAdakah anda salah seorang daripada mereka.
ReplyDeleteAyat ini ialah ayat tanya, perlu letakkan tanda tanya pada akhir ayat. Ayat yang betul: Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Gambar yang telah diletakkan di dalam profile juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan.
ReplyDeletePerkataan "profile" adalah dalam bahasa Inggeris dan harus ditukar kepada "profil" dalam bahasa Melayu
Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya di kalangan remaja perempuan.
ReplyDeleteAyat ini tidak memerlukan tanda koma
Selain itu, kata 'di' perlu ditukar kepada 'dalam' Terima Kasih
Isi kandungan yang menarik.
ReplyDelete"memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual." boleh ditukar kepada "menghantar wang ke dalam akaun bank yang ditetapkan oleh penjual."
"Adakah anda salah seorang daripada mereka."
ReplyDelete"Adakah" ialah kata ganti tanya. Tanda seru perlu diletakkan pada akhir ayat.